Friday 21 November 2014

KENAPA WANITA PERLUKAN GLA?

Dari Hati : Cik Bunga Rose

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia

hari ni nak share sikit..dah lama nak share tapi asyik lupa.. ok camni since bulan 4 tahun ni.. aku tak datang Period sampai la bulan 9 lepas.. aku nek tension gak la. orang cakap sebab menyusu sama tu yang tak mai..

bila cek upt 2X negatif..  lau uols.. rimas tak.. yela.. dah la tak tahu waktu subur 1 hal.. period tak mai rasa badan tak selesa. 
masa tu memang nak p cek kat klinik Munirah kat Perda la.. 

CUBA GLA

tapi sebelum tu terpikir nak try GLA Shaklee.. tapi risau sebab takut subur pulak. hehee.. pikir-pikir balik why not aku try .. so aku try la baru 3 malam aku try.. alhamdulilah esoknya aku period. tak tau ni kebetulan ke apa.. tapi aku tau GLA membantu dalam hal ni manakala Allah lorongkan jalannya.. 

masa tu period mai 10 hari kau.. ha hamik.. bising sangat dia tak mai-mai kan... sebelum ni paling lama pun 7 ari ja.. heheee

alhamdulilah bulan lepas tu pun dah datang seperti biasa.. atlis bila period kita tau waktu subur kita sebab aku dah la merancang sendiri tanpa makan pil atau ambil sebarang kaedah perancang lain.

bagi aku la.. setiap wanita perlukan GLA.. sebab apa aku kata lagu tu ? 

GLA membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
masa kita period sapa yang alami PMS (senggugut mesti tak selesa kan) nak kerja pun susah , berkerut muka tahan sakit. GLA membantu melegakan ketidakselesaan kita semasa senggugut.

GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah  
 bes kan dengaq.. sebab GLA ada kandungan vitamin E yang memang terkenal untuk kecantikan Kulit , jadi kulit jadi  lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.

GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu. 


apa pun .. Allah yang melorongkan jalan untuk kita. Dia juga sebaik Perancang... kita cuma berusaha dan ikthiar.

credit to : http://www.jomsinggah.com/2013/08/5-sebab-kaum-wanita-perlukan-gla.html 





Thursday 13 November 2014

PENTINGNYA KALSIUM



DARI HATI : Cik Bunga Rose

Assalamualaikum uols.. 

Semalam sejuk ari-ari hujan kat penang ni... stok ostematrix pulak dah abis.. kenapa ostematrix tu penting kat iols... 

sebab aku ni menyusu badan tidoq asyik mengiring kiri kanan atau pun mengiring sebelah ja menghadap si Yasmin tu.. memang belakang pinggang dok sengal-sengal. Umur meningkat tak nak ngaku kan..heheee..  

tambah-tambah pulak hujan malam-malam. Orang penang kata “tarik mengkarung “ kalau negeri lain tak tau la panggil apa.. otot kejang la lebih kurang.. 


SIAPA YANG PERLUKAN KALSIUM?

SEMUA ORANG PERLUKAN KALSIUM sebenarnya..... tak kira tua, muda ,adik abang . kalsium ni penting tau untuk tulang.. 
aku ada sepupu tiap kali bersalin gigi patah satu.. tu pun antara sebab kekurangan kalsium tau.. aduhaiii.. semoga gigi ku kuat.. hihihi

Ibu mengandung memang sangat perlukan Kalsium . tambah-tambah kandungan makin membesar sebabnya nutrisi akan diserap oleh anak.

Ibu yang menyusukan anak – ha macam aku ni.. lemah badan kalau tak cukup kalsium . sebabnya nak bekalkan kalsium melalui susu untuk anak

Orang yang berusia 30 tahun ke atas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu) – aku le tur.. umuq tahun depan dah tukar siri.. glurrpppp..

Mereka yang tak suka minum susu atau mereka yang ada alahan dengan susu.
ni point yang bagus sebab aku ni pun kadang-kadang tak tertelan susu, aku tau ramai ka luar sana sebut ja susu dah alah

Mai kita tengok Apa Kelebihan Ostematrix Shaklee



  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
ha ni yang dikatakan "tarik mengkarung" hahaa..kalau sejuk pagi-pagi memang tangkap kat kaki.. 
 
  • Menguatkan tulang
 Kalsium bertindak menghalang  osteoporosis (tulang reput), menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf.

  • Meringankan stress
Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa. sakit kepala dan pitam.


  • Memperbaiki masalah haid
Magnesium yang ada dalam Ostematirix ni membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu.

 Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos (paras gula yang naik)


bagi siapa yang berminat untuk dapatkan OSTEMATRIX BOLEH 

Whatapp / Telegram : 0134109820
ID: 1096885
COD sekitar Bukit Mertajam

 

Monday 10 November 2014

AHAD PENUH MOTIVASI ..wahhh tajuk.



Dari Hati : Cik Bunga Ros

Assalamualaikum uolsss

Hari ahad baru ni penuh jadual.. hehee.. pagi-pagi bangun kul 6 pagi mandi , subuh siap-siap p seminar Usahawan Dr Azizan Osman.. nak kata aku ni usahawan. Insha allah one day. Sekarang ni belum la lagi.. teringin nak berniaga.. tapi kalau berniaga tanpa ilmu pun tak boleh.. 

Kita perlukan mentor atau guru.. so apa salahnya saya siapkan diri mencari Guru.. kan.. 

SEMINAR DR AZIZAN

So kalau berdaftar 3 orang seminar ni FREE.. aku ,  Zila Abas (bukan acu) dengan Rohaiza daftar nama bertiga.. 

daftar kul 8 ,seminar sampai kul 1petang. Yang lawaknya.. aku ingatkan seminar dengan Dewan Hotel Sunway. Sekali dekat Sunway Convention Centre kat Mall.. haha. 

Dah la laki aku antaq. Mujoq la si Rohaiza kak dia antaq dan dia on da way dekat situ. So dia lalu amik aku la tepi jalan.. sebab Ayie antaq aku dia dah balik.. sebab aku yakinnn sesangatttt tempat seminar tu Betul.. haha.. 

Tak jauh pun Hotel Sunway dengan Sunway Carnival Mall tu.. tapi kalau jalan berpeluh jugak la ketiak aku..hahaa... sampai ja situ kemain ramai orang tengah daftar.. 

memang ramai la mai seminar ni..maklum la free kan dengaq..  masa nak masuk berebut-rebut.  Kami dapat la tempat yang depan jugak.. dah masuk tu jadi cempra bewak teruih wefie.. apa lagi kena sound dengan crew bertugas.. 


“Maaf nah tak boleh ambil gambar dalam ni “ hihiii.. malu sat.. tapi sempat snap kauuuuu..mujoq dia tak rampas fone “mahal” aku.

Seminar dia besss .. dia ajar sikit-sikit tips. Bagitau kejatuhan dia sampai dia Berjaya sekarang. Tips –tips orang Berjaya.. 

KEY dia ialah CARI MENTOR CARI ILMU bila ada mentor ada ilmu kena ada SISTEM baru lah kita niaga apa pun insha allah akan kena jalannya.. ni belum apa-apa dah nak pinjam loan , renovate sana sini sewa kedai. Tapi berniaga syok sendiri. Sapa kena batang idung dia mohon terasa la dalam seminar tu.   

Kalau MARKETING tak ada pun tak guna.. berniaga nak arap orang datang dekat kita memang tak laa... banyak tips dia share.. tapi kalau nak betul-betul ikut seminar dia kena berbayar.. tapi bagi bisnes yang dah naik dan pernah gagal memang perlukan Dr Azizan dan auranya..aku ni sekadar nak dengar motivasi ja dulu..


SANTAI PETANG

Petang tu Ayie datang ambil bawa Yasmin. Kami Lunch kat KEPCI.. kemai rakus dia makan nasi. Maklum la time tengari katakan aku pun laporrr tahap gaban.. seminar dah free hang nak arap orang sedia makan. Banyak cantekkk..hahaaaa





balik rehat umah petang tu.. Ayie da game bola dekat kilang dia. So aku mesej la acu ajak ronda pantai bawa Tok dengan Wan p sekali.

mesej abang aku . dia lak dekat Sunway Karnival so dia pun join la sekali p Pantai R&R Bagan Ajam 

mood baik la tu mesra dengan PakNgah dia

jadi budak-budak sat




kemain seronok la 3 orang sepupu ni main belon..dah la tu Yasmin boleh pulak tuang bekas air sabun tu ..hahaa..meraung si Iqram bekas air sabun dia habis.. 2 bekas pulak tu dia tuang..hahahaa sebekas RM3 lak tuh..