Monday 22 December 2014

PERTUNANGAN SEPUPUKU CIKGU AIN & UZE 21/12/14 YANG GILANG GEMILANG

DARI HATI : Cik Bunga Ros

saja nak letak tajuk panjang ..mana la tau leh kuasai carian "Google" Top 5.. kihkih...

kemarin Ahad 21/12/14 sepupu aku Cikgu Ain bertunang dengan Remy Ishak.. haa?? terjojol kau sebut Remy Ishak. hero pujaan tuh..

Selamat berlangsung Majls Tunang Cikgu Ain dengan Cikgu Uze (aku pun tak sure nama penuh ) .. mai kita tengok foto-foto Majlis 





Ini hantaran Dari pihak Lelaki

ni Arisa anak dara sepupu aku , Acik @ Aisyah..dah besar anak dia..


Anty Ain Look Gorgeous.. sweet sangatttttttttttttttttttt.....



Ni jamuan makan . Pakngah Buat sekali kenduri tahlil .. Menu makan Gulai Ikan Siakap, Ayam Masak Merah, Jelatah Timun Nenas. Sedapppppp


yang Hensem belah kanan sekali tu Pak Ngah aku ( Baju Putih).. Abang mak aku. Belah kiri tu bakal besan PakNgah aku , Orang Johor

ini lah Remy Ishak , tunang Anty Ain.. tahniah..



Lepas ni doakan Acu pulak ya..



Yasmin Ingat ni aiskrim Staberi eh...


Ni kakak aku ZIRA




ni ACU ZILA.. semoga lepas ni giliran Acu Pulak ya..mmuah




cantik la pelamin Anty (Panggilan untuk Cikgu Ain) .. Warna warni gitu..



Ini foto Hantaran Pihak Perempuan







SEMOGA CIKGU AIN dapat disatukan dengan tunang tersayang secepat mungkin.. Lapaq nasik minyak dah ni.. heheee

Thursday 18 December 2014

RESEPI DAGING MERAH TIPTOP CIK SOFI

DARI HATI : Cik Bunga Ros

aduhai sebut ja daging merah terliur aku dok bayangkan kedai Mak Kawan aku Mimie ni.. mak dia buat daging merah memang tip top..

aku lau p kedai dia tak sah kalau tak order Nasi Goreng Daging Merah.. 

Yang paling best tu bila aku tanya resepi . Mak dia (aku panggil Cik Sofi) tak kedekut ilmu habaq hang... masa tu aku bungkus dekat kedai dia.. terus panggil aku bagitau resepi dan cara masak sekali..

mai aku sharekan kat sini .. Ilmu kena kongsi baru berkembang ilmu.. 

RESEPI DAGING MERAH TIP TOP CIK SOFI

Daging (bahagian yang baik bahagian batang pinang)
Sos  Cili (resepi sos cap arnab)
Sos Tiram 
Gula/ Ajinomoto
Garam
Daun Limau Purut
Minyak (untuk goreng)
Bawang Besar seulas 
Sedikit Pencelup (merah)
Cili Merah 
Lobak Merah (ikut suka nak letak ke tidak)




MEH KITA MASAK MEMASAK : 

1 : Daging rebus dulu bagi embuk 
 ** tips nak bagi daging empuk ~ aku letak kan gula batu dalam rebusan 

2: Lepas tu, hiris daging (agak-agak nipis dan tak tebal)

3: Sediakan minyak dalam kuali untuk menggoreng daging, Masukkan daging yang dihiris tadi, masukkan sedikit pencelup merah. Goreng sekali dengan daging tadi.

4: Masukkan Sos Cili, Sos Tiram, Gula , Garam , Daun Limau Purut,Cili dan Bawang . 

5: Masak sehingga bahan mesra dan naik bau gitu..

Sedia untuk dihidangkan. Sedapnya.. serius memang sedap resepi ini.. Simple, Cepat dan mudah disediakan.. eh simple tu sama la dengan mudah kan.hehee


Aku baru semalam mencuba, 




Ni lah hasil yang aku buat semalam.. hehee.. aku buat ni derhaka resepi.. lupa nak letakkan daun limau purut.. hehee.. next time buat.. aku akan masukkan limau purut.. yeahhhhhhhhhhhhhhhhh...

Wednesday 17 December 2014

7 BUAH KAYA VITAMIN C

DARI HATI : Cik Bunga Rose

Assalamualaikum uols..

hari ni just nak share sikit buah-buah yang kaya Vitamin C yang antara kita sedar atau tak khasiat dia .saya bagi anggaran dalam setiap 100gram hidangan

1 - ORANGE - 53.2mg
2 - AVOCADO - 10mg
3 - PAPAYA - 60.9mg
4 - LEMON - 53mg
5 - PINEAPPLE - 47.8mg
6 - STRAWBERRY - 58.8mg
7 - GRAPE - 34.4mg 

BUAH MANA TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C ?

Antara buah di atas buah mana yang mengandungi banyak vitamin C dalam setiap 100gram hidangan .. sengaja kan susun tak ikut turutan tertinggi terendah.. baru kita tengok satu-satu kandungan VItamin C setiap buah.. 

Buah Papaya (Betik ) paling tinggi kan .. sebelum ni pernah share jugak entry pasai BETIK ada kandungan Vitamin C yang tinggi  .. 

Kiranya di sini bukan hanya buah yang masam atau sitrus saja yang tinggi kandungan Vitamin C.. tapi buah seperti betik , anggur pun kaya Vitamin C. 

So sapa yang suka betik tu memang bagus la .. selain ada Vitamin C. dia jugak memudahkan sistem penghadaman kita.. senang membuang la katakan..

Kalau aku susah-susah nak telan buah-buahan ni .. ambik VItamin C Shaklee ja.. sebijik = 500mg = 7 1/2 buah oren. ha kan..senang ja ..murah pun murah .sebijik anggaran RM0.52 saja.. murah kan... 






Mek Yasmin jadi model.. hehee. yang ini untuk kanak-kanak kuantiti 100mg setiap biji. boleh di kunyah macam tu saja.. best kan.. 
 

sebarang pertanyaan : 

boleh Whatapp / Telegram : 0134109820
Facebook : Roses e-shoppe

 

Monday 15 December 2014

RUMAH PR1MA

DARI HATI : Cik Bunga Ros


aku baru ja lepas update kali ke 2 rumah pertamaku.. semoga berjaya.. 

pada kawan-kawan yang belum berdaftar tapi layak memohon mai kita tengok di sini .
semua maklumat ada.. kelayakan memohon.. 

yang penting ikut ja arahan dia.. 

RUMAH PERTAMAKU (Klik Sini)

Sunday 14 December 2014

CUCUR KERIA KU MENJADI AKHIRNYA

Sedap pulak aku tengok keria ni

DAri Hati  : Cik Bunga Rose








sengaja letak foto Keria dulu kan.. nak tunjuk aku dah berjaya buat.. hehee....


balik kampung hari tu maktok bekalkan ubi keledek.. so memang aku yang ter lintas difikiran cucur keria la. tambah-tambah feberet aku tuh.. hehee

sebelum ni bukan apa..aku tak reti nak buat gula dia jadi keputihan camtu.. 
lawak betul.. 

aku tak pernah google pun cara buat dia.. sebab aku rasa cam kacang ja nak buat.. 

JANGAN MALU BERTANYA

haaa.. kebetulan aku balik kenduri ahad lepas , aku singgah la beli air nyoq dengan kopok lekor tepi jalan.. kebetulan kak tu juai cucur keria (orang utara panggey coq keria ) aku ni jenis yang suka terjah ja. 

Dialog bermula 
AKU :   "kak camna eh nak buat gula cucur 
 keria camni, saya dok buat asyik tak jadi ja , selalu jadi macam kuih cikmek molek ja "

KAK JUAL KUIH : senang ja dik.. masak gula dulu ikut sukatan , kalau kak buat 50biji selalu air 1 cawan , gula 1/2 cawan (sambil tunjuk cawan gelas plastik )

LAKI KAK TU MENYAMPUK : senang dik oii,, agak-agak gula dah pecah elok. masukkan cucur dalam kuali terus tutup api.. gula tu automatik akan jadi macamni.. 

AKU : ooo patut la dok buat tak jadi, sebab saya selalu api tak tutup . so gula melekat dekat kuih , Terima kasih kak.. 

tu diaaa.. semangat laki dia terang kat aku jugak..kalau aku bukak gerai kuih sebelah dia nanti naya ja ..hahaaa... 

baru aku tau .masuk kuih dalam kuali terus tutup api.. aku dok biar api bukak patut tak menjadi.. 

mungkin orang kata ala kacang ja nak buat tu pun tak reti ka.. tapi bagi aku ni ilmu baru .. dan berterima kasih dekat kak tu yang tak lokek nak bagitau cara dia..

~~~~JAZAKALLAH KHAIRAN KHATIRA~~~~~





Saturday 13 December 2014

AKU BENCI VITAMIN C SHAKLEE








Dari Hati : CIk Bunga Rose


Bila di Tanya siapa yang nak cantik ?? semua angkat tangan , berdesup tangan angkat kan tak kira laki , perempuan, tua muda, kulit cerah , kulit gelap . semua nak cantik.. 

Yang lelaki tak angkat tangan tapi dalam hati nak juga cantik .Kontrol macho katakan.. kihkih. cantik ni bukan jadi jambu nah.. cantik ni subjektif..

“cantik luar, cantik dalam . cantik sana sini.. “ ha.. dah keluar lirik lagu. Ntah betul ntah idak la kan liriknya.. 

Yang penting semua nak cantik.. bila sebut cantik pasti sinonim dengan Vitamin C dan E..
Vitamin C Vitamin Larut Air.. Vita E pulak Vitamin lemak yang larut lemak... dua-dua pun untuk kecantikan. 

Tapi Kalau sebut Vitamin Shaklee bukan saja untuk kecantikan .. lebih dari itu..  

Entry kali ni aku nak tekankan pasai Vitamin C dulu..

Contoh paling simple untuk Vitamin C, sangat bagus bila seseorang selsema.. diambil vitamin C ni untuk tingkatkan sistem imun dalam badan. Untuk mencegah Selsema. Atau pun rasa badan tak sedap . nak demam la bagai. 


Vitamin C bertindak meningkat imunisasi dalam badan kita.. 

yang bestnya Vitamin C Shaklee ni dia Sustained Release “ dilepaskan perlahan-lahan” mengikut keperluan badan kita.. Memang bagus...

Buah-buahan yang terdapat Vitamin C seperti Oren, Longan , Kiwi , Betik.. 
ehsan google


BETIK?? Biar BETIK?? 

Iya betik pun ada Vitamin C tau bukan sahaja Vitamin C pada buah-buahan Sitrus (Limau) sahaja. 



Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C iaitu 69.3mg dalam setiap 100g hidangan , ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. 

Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. 



Ayah aku cukup suka beli buah betik.. anak-anak pun suka makan.. aku masa mengandung dulu memang suka makan betik sebab nak bagi mudah buang air besar.. heheee.. 



Banyak kan Kandungan Vitamin C dari betik berbanding Limau. 
Pada keadaan sekarang sebiji limau dipasaran pun belum tentu dapat hasilkan 15mg Kandungan Vitaminnya. Ini mungkin disebabkan pelbagai faktor antaranya cuaca. 


Badan kita ni pula tak boleh nak hasilkan Vitamin C dengan sendirinya . 
kita perlukan Vitamin Ni melalui pemakanan harian kita. Tapi cukup kah kita dapat Vita C sehari hari ni.. ??

JAWAPAN DIA dengan VITAMIN C SHAKLEE SUSTAINED RELEASE sangat membantu badan kita mendapat Vitamin C secukupnya..  1 biji Vita C Shaklee = 7 ½ biji Oren
  




KENAPA AKU BENCI VITAMIN C SHAKLEE NI: - 


1 : sebabnya bila aku selsema malamnya aku 

telan 2 biji Vita C Shaklee selsema aku esoknya dah kering


2: bila jerawat naik muka , aku buat masker jerawat aku mulai kecut.. tak berani nak keluar.

3: sebabnya Vita C kalau buat masker muka rasa lembut ja keesokannya.

4: Kulit aku pun dah rasa makin halus sejak aku amalkan dah hampir setahun ni.. 

5: Sebab Vitamin C shaklee sebotol boleh tahan sehingga 6bulan. Lamanya ...

6: Paling aku benci tu , Vitamin C ni selamat, sihat dan semulajadi..

Ikh memang benci kan dengan Vitamin C ni..