Tuesday 28 October 2014

APA PERANAN SUAMI KALAU ISTERI MENYUSU BADAN?



Dari Hati : Cik Bunga Rose


Assalamualaikum ..

Okey sebagaimana uols sedia maklum . aku ni Ibu yang Menyusu..  Fully breastfeeding untuk si Yasmin.. sebelum ni ada la campur dengan susu formula bila aku pergi kerja.. tapi sejak dia umur setahun bancuh susu asyik tak habis .. so aku pun stop la.. tapi dengan susu badan tak da nya dia nak stop.. balik kerja ja cari aku dulu..  “ ma ma nak nen” comei ja mulut kecik dia berbicara.. hehe.. rindu betoi..

Kalau ibu menyusu ,apa peranan si bapa pulak kan.  So sini nak share sikit la .. apa peranan seorang bapa jika si ibu menyusu badan..
Pertama ofkos dari segi 

SOKONGAN MORAL

Si bapa kena lah memberi sokongan moral pada isteri untuk penyusuan anak. Memberi galakan supaya si ibu dapat memberikan penyusuan ekslusif sehingga si Manja berumur 2 tahun.  Contohnya bila ibu bangun menyusu malam. Si bapa tolong la tukarkan pampes anak. Kesian ibu mengantuk pun bangun susukan anak. Tu pun sebagai sokongan moral. Sama-sama menolong.
Alhamdulilah Ayie aku ni membantu.. (puji laki sendiri.. sapa lagi nak puji kan kalau bukan isteri sendiri..)

EMOSI

Emosi si ibu pun kena jaga tau.. bukan senang nak penyusuan anak ni.. kalau emosi ibu tak stabil boleh mengganggu pengeluaran susu badan tau .. iyerrr.... 

SUPPLEMENT/MAKANAN TAMBAHAN UNTUK ISTERI

Jangan kedekut membeli supplement atau makanan tambahan untuk isteri anda supaya dapat membantu memperbanyakan susu badan.. yela dari kita beli susu formula sebulan berpuluh-puluh ada yang beratus-beratus lebih baik belikan si isteri makanan tambahan yang dapat membantu menghasilkan susu ibu yang terbaik. Nutrisi terbaik dapat disalurkan juga kepada si manja melalui penyusuan.. kan bagus tu.. 2 in 1 kan..aku shaklee tetap dihati.. memang membantu penyusuan berkesan.. eceh...

Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak, tak kira apa pun supplement ka , makanan tambahan ka, susu formula apa pun .. si ibu bapa nak yang DA BEST untuk anak-anak kan




ini lah keluargaku . LUV U.. huhuhuu

Sunday 26 October 2014

SEMINAR GST

Dari Hati : Cik Bunga Rose

Assalamualaikum uolss

aku lupa pulak nak update yang 16 haribulan 10 hari tu aku ada p seminar GST.. 

wakil syarikat katakan..manager aku dengan yang lain dah pergi seminar anjuran lain sebelum ni.. 
aku p kali ni anjuran Kastam.. bermula dari pukul 8pagi- 5petang..

aku ni bukannya dalam bidang akaun 100% tapi aku p ni untuk tambah pemahaman aku tentang GST.. 

walaupun aku bukan 100% paham fungsi dia.. tapi ok la .. paham sikit dari tak paham langsung



Dewan ni nampak kosong bukan sebab tak dak orang datang atau pun aku mai awal.. tapi masa ni lunch time..semua pakat keluar makan.. hehee..maklum la tea time pukul 10 dan 4 petang serta lunch percuma disediakan..




biar menyenget kepala tengok.hehee



KASTAM SEBERANG JAYA

yang pakai blezer tu speaker bertugas

lepas abis seminar boleh balik rumah terus.. bestt.....

Saturday 25 October 2014

RM23 UNTUK 9.999 LITER??

Dari Hati : Cik Bunga Rose

pelik tapi benar.. kerajaan kata 1 liter RM2.30 ... tapi aku boh minyak semalam RM23 sebab aku nak boh 10 liter saja..

TAPI APA AKU DAPAT????


jujurnya aku bagitau ni Petronas Tok Kangar Juru, bukan nak burukkan Petronas.. sebab aku ni setia dengan Petronas .. 

penebusan point dah berapa kali dah aku buat dengan petronas.Aku p kerja. balik kampung hanya dengan Petronas. . 

tapi kenapa perlu jadi camni??? 

WAJARKAH???

saya harap mungkin ini cuma Petronas Tok Kangar Juru saja ada masalah seperti ini.. 

Hope sangat Petronas lain tak macam ni.

APA KATA PENGGUNA LAIN ????











PERSOALANNYA.. WAJARKAH ...????

memang di ikutkan apalah sangat 0.001 liter ni kan... sikit saja.. tapi bayangkan kalau 1000 kereta yang kerugian 0.001 liter ni.. bermakna Stesen minyak ini dah dapat keuntungan 1liter.. Ya 1 LITER... 

ini bukan duit yang boleh di bundarkan ke perpuluhan terhampir.. ni hak kita.. 

"Berapa ni dik??" " RM9.99 kak" tapi bila bayar di kaunter kena RM10 sebab dibundarkan.. Situasi ni tak sama dengan minyak ya nak bundar- bundar. 
bukan bundar lagi..beliak dah bijik mata aku ni..hahahaa


K BAIiiii
LUAHAN HATI KU

Sunday 19 October 2014

AKTIVITI HUJUNG MINGGU..







Dari Hati : Cik Bunga Ros
Kabare semua.. 
Arini ari minggu. Ari aku berjimba dengan Yasmin n Ayie.. tapi sabaq jala.. Ayie kata dia kena OT .. saja bagi tunjuk foto makan dulu..hehe...
dah tu petang nak p tengok bola pulak kat stadium Darul Aman. Separuh akhir lawan Pahang. Sentapp kauuuu.... tak leh nak p mana lak.. nak bawa Yasmin ke Stadium cian pulak dia bising-bising camtu.
Lagipun tak nak la aku bersesak-sesak bagai kat sana..
dah la Cik Mek Yasmin ni suka minta Menyusu tanpa mengenal tempat..hahaa
MAKAN BERSAMA-SAMA
Kalau aku tak buat bekfes, cam biasa p bekfes luar dengan Yasmin je la. Makan Roti Sardin dekat Pelita Nasi Kandar.. port selalu la gak. Tapi rini tapau bawa balik..
 
ajak Wan teman.
Dah Sapa suruh abah OT kan Yasmin..  
Kalau minggu lepas aku buat Mee Kuah Marveles, Kali ni lagi menarik.. Tak Ada Menu Apa –apa pun.. hehe.. menarik tak.. sebab tak tau nak masak hapeeee.....
dalam peti sejuk ada ayam dengan udang.. sayur-sayur aku kurang buat stok sebab aku bukan suka sayur sangat..Udang selalu ada stok sebab Yasmin ni suka sangat makan udang.. 
Baru-baru ini dia minta "Mama udam,udam,"
takkan la aku nak bagi udang semata, so aku buat la cucur udang.. bila siap goreng aku pun konfius tu cucur udang ka udang goreng tepung..hahaaaaa
Selalunya hujung minggu memang aku akan masak.. tapi ikut mood la nak masak simple ka apa.. hari ni aku buat nasi goreng campak-campak ja la untuk kami berdua.
kalau pak Ayie aku tu keja pagi ada la beli sikit-sikit macam karet, ubi kentang, daun bawang, sawi.. sayur hijau memang tak beli stok banyak sebab cepat layu .. kalau Ayie keja petang lagi la kurang stok aku nak beli.. sebab balik keja ambil anak , aku makan rumah mak.. hehee.. Baik punya anak aku ni.. kihkih
Mujoq la Ayie makan tak memilih..apa pun dia belasah.. malam-malam bailk keja dia tak kisah ada makan ka dak..LUV U LAH..

JALAN-JALAN SUNWAY KARNIVAL

Yasmin dengan Coklat Blended CoolBlog.. Nyummy 

 
ni la dia Yasmin dengan Ayie aku.. 
Selalunya ni lah port kami.. jalan-jalan , cuci mata..
Bawa si Yasmin ni main-main kat Kids Corner main, 
Ni aku bagi 1 Video SI Yasmin memancing Ikan..hehee


RIADAH DI MPSP REKREASI

 
aku pun nak mandi jugak... hihihi.. 

masuk sini murah saja sorang RM1.. yasmin tak kena ,, ramai budak-budak mandi sini.. mak budak pak budak pun ramai..yela kena pantau gak anak-anak mandi... 
Kolam dia ada 2 bahagian.. 1 kolam yang formal. kena pakai baju etika untuk swimming.. yang kami p ni kolam ke 2 yang BEBAS .. 
apa yang penting adalah masa kita untuk keluarga tercinta,, Anak dan suami segalanya dalam hidupku.. ada masa terluang luangkan la bersama-sama ye uolsss.. 
Ni mai umah Tok.. sekali tok buat pulut kuning vs sambal bilis..memang sedap arrr.  Lama tak makan... luv my famili... ari minggu ari untuk riadah bersama famili..

**Foto dia aku dah mukadimah di atas tadi..hihi... 

LUV MY FAMILY..




PORT MAKAN PALING AKU SUKA-KAPITAN

Dari Hati : Cik Bunga Ros 

Assalamualaikum uols...

aku  ni kalau cakap bab makan memang suka.kalau makan yang simple tapi kenyang yang paling aku suka KAPITAN bandar perda..

Aku suka NAN TANDORI dia.. Sedappppppppppppppp kauuuuuu

kashmir Nan Set

Plain Nan Set


Beza Kashmir Nan Set dengan Plain Nan ni dari segi 
1-Cheese, 
2-Gula dan kismis (Tabur Atas), 
3- Kuah (Kashmir ada Salad sayur)
 
Lagipun tak la mahal sangat Set Nan Tandoori dia ni.. Aku kalau p sana pun ni la menu yang aku pilih.. kat mana-mana kedai nasi Kandaq memang akan ada tandori ni.. cuma sedap ka tak sedap ja kan..

Kedai nampak exclusive gituw...
Sebenaqnya ni pun kedai nasi kandaq. cuma nama Kedai dia saja tak guna nama Nasi Kandaq.. 

sapa yang mai penang.. kena cuba kat Kapitan ini.. dekat Perda ada.. Dekat Gurney pun ada..



Saturday 18 October 2014

MY 1ST SUPPLEMENT

Dari Hati : CIk Bunga Ros

Assalamualaikum uols..

ari ni aku rajin masak bekal.. (saja nak bagitau)..tiba-tiba kan nak bagitau...hehehe..


mohon telan ayaq lioq nah.. sebab aku rini rajin masak ..heheee.. ni kes ayam  beli hari rabu pasar malam baru ni la.. aku baru nak siang pagi ni.. so dah alang-alang.masak la nasi sekali sebab Syeri aku (laki aku )cuti,,, so masak lebih untuk malam sekali.. tak tau la kalau masih ada untuk malam.. 

lauk ketam tu mak aku bekalkan...maklumlah kasih sayang ibu tiada tandingan .. jangan kata aku makan sorang hokey.. ni aku dengan adik aku Zila. kami kan keja sekali..

Ok aku bukan nak cakap pasai aku rajin masak ni sebenarnya.. pic tu pembuka bicara.. hehee

Biasa lepas lunch ni akan ambil alfalfa dengan Lecitin.. Si Kembaq Bakar dan Buang..




 Aku nak stori mori pasai 1st Supplement yang aku amalkan..sampai sekarang ni.. tak lain tak bukan ALFALFA.. Aku pernah share pasai Alfalfa ni banyak kali kat entry aku sebelum ni. 

Alfalfa banyak membantu dalam masalah Keputihan aku. masalah resdung (kerap bersin ) , membuang angin dengan  baik (kalau perut rasa mengoh ke apa ).. 

Alfalfa sentiasa bersama aku ... yang paling best pasai alfalfa ni .. dia milkbooster.. tu yang bes.. susu masih meriah.. insha allah nak meriah sampai yasmin dah puas menyusu badan.. 





Ni poster pertama aku buat pasai alfalfa masa mula-mula dulu..hehe..kelakor pulak aku nengok.. tapi kalau aku mampu sharing kebaikan dengan orang melalui poster aku ni .. WHY NOT kan.. hehe..

APALAH YANG BERAT SANGAT BEG AKU NI?

Dari Hati : Cik Bunga Ros

Assalamualaikum uolss

Apa eh dalam beg aku ni?? Mau tak pernah kena tegoq dengan Ayie, "Beg apa berat sangat" hahaa. lau takat Purse dengan Hanfon berapa berat la sangat kan.. 

Nak tinjau tak dalam beg aku ada apa??
haha, kasi bongkarr
1 - Ofkos La PURSE.. yang ni menda wajib ada
2 - Handfon - yang ke 2 wajib.. tapi selalu gak tinggai kat umah.. pernah sekali tu tinggai kat umah sebab tengah charges.. aku nak p kerja, antaq anak umah mak..tengok ayie mai antaq.terkocoh-kocoh dia.. . mujoq la umah mak aku tu selang beberapa umah ja dengan mak.. hehe.. 
3- Tisu Muka.
Yang ni pun penting gak..kadang-kadang makan kat luar ka apa tisu tak ada.. memang akan cari tisu dalam beg. tak pun bersin keluaq hingus ka apa laju ja cari tisu. kalau tak da tisu nak lap dekat mana??? Pandai-pandai hangpa la nah..hehee

4 - Pad (Tuala Wanita)
Yang ni penting juga tapi jarang nak bawak sebab bawa ikut jadual

5-Barang Anak
sekarang sejak ada anak ni ada juga barang tambahan lain. Seperti pampers yasmin. Baju sepasang. Tisu basah. Tuala muka.. yang ni selalu spare senang dalam 1 beg saja bawa. 

6 - supplement
Yang ni kena ada sebab aku p keja so alfalfa lecitin aku bawa makan time lunch...

7 - LOSYEN & PERFUME
Yang ni harus ada dalam handbag aku.kadang- kadang aku kelam kabut naik keta masih sempat pakai dalam kereta..tak gitu..?
Apa ada dalam handbeg anda??

Posted via Blogaway

Friday 17 October 2014

MIS CLAIRE MESRA PELANGGAN



Dari Hati : Cik Bunga Ros

Assalamualaikum uolss.. 
Salam sejahtera.. 

are you okay today ?? amboi speaking aku arini..hehee.. 

Ok .. hari ni nak buat entry pasai 1 page ni.. aku memang suka shopping on9 dekat sini.. MIS CLAIRE.. 

baju dia dengan harga berpatutan sangat. Yang best tu sebab dia ada plus saiz.memang sesuai dengan iolss.. I oulss bukan Plus plus size  hokey.. Cuma suka pakai yang saiz besar jerk.. (tak nak mengaku badan comei).. hehee..



KOLEKSI BAJU MIS CLAIRE 

Antara nya banyak baju mesra muslimah.. yang latest ni aku tengok mesra ibu menyusu .. cam sesuai la dengan orang yang menyusu badan ni..

antara koleksi dia "Plus Size" dan jugak "Muslimah Fashion" ..

Nak buat belian semudah ABC just bukak je pages MIS CLAIRE(KLIK SINI)pilih saja baju mana yang kita nak. 

APA YANG BEST BELI DENGAN MIS CLAIRE ONLINE

1 -Senang sangat nak "Mis Claire Online Shopping"
bukak saja website http://misclaire.com/ .. pilih mana yang kita berkenan .ikut arahan dia saja.. 
 
lagipun kalau tak nak shopping kat page dia.. dekat Facebook pun boleh sesangat.. sebab aku pernah deal dengan admin bertugas pasal nak tukar baju.

2- Saiz Mudah Rujuk
-Kita pilih saiz kita pun mudah sebab ukuran telah pun diberikan selengkapnya bagi setiap produk
-aku senang ja nak beli sebab aku refer saiz model tu. so saiz aku beli sama dengan model pakai. (nak jadi model tak boleh sebab pendek).hehee sentap betul

3- Mesra Pelanggan
Sebabnya ?? Pengalaman aku sendiri  
 
Kenapa aku cakap mesra pengguna ??
sebabnya aku pernah beli 1 baju ni saiz 46 aku ingatkan muat.rupanya besar pulak..  (konon-konon aku ni dah kecik la..) hehe.. so aku deal melalui Facebook dengan admin bertugas.. terima kasih admin memang sabar menolong aku..aku beli baju ni (seperti pic bawah ni) aku nak warna ni. sekali saiz besar masa tu.. so aku deal dengan admin ..

aku hantar semula baju tersebut tapi admin tak akan gantikan baju tu balik.. depa gantikan dengan voucher.. No Voucher akan via email..aku dengan pantas beli semula  baju ni..tapi warna ni dah out of stock.. aku beli warna Biru letrik.. pun gojes gituwww...


dari blog MIS CLAIRE..cantik kan baju warna ni

ni baju yang aku tukar.saiz 42.warna biru ni pun cantik..

TIPS UNTUK SENANG BERURUSAN

Boleh terus Personal Message (PM) ke admin.. sebenarnya bila admin tulis "PM kami untuk maklumat lanjut " tu bermakna dia nak kita terus PM dia bukan suruh kita komen di gambar dan tulis "PM" 

bagi aku la .. memudahkan urusan kita terus PM admin .kan senang.. sebab admin ni dia bukan ada masa nak scroll down balik mesej masuk.. kecuali mesej di inbox senang dia nak rujuk ( ini bukan untuk page Mis Claire saja.. tapi mana-mana pun sama.. )

NASIHAT aku , kalau kita rasa berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk.. tolonglah PM terus ke Page tersebut yerkkk............. sebab aku rimas dengan orang yang suruh Pm . pm ni.. hehee.. Boleh cakap gitu  tak?? sebab setengah Page tak boleh PM customer .. 

tapi iolss tak marah .. customer is always right?? kannnnnnnnn

Mai aku share kan sikit koleksi  baju yang aku beli dengan MIS CLAIRE.. 






 
Maaf la ya..pic tak ada yang berdiri elok..nanti aku ambil  foto baju saja ya.. aku update lain. 
baiiiiii ...

I LIKE SHOPPING WITH MIS CLAIRE
Ini Facebook MIS CLAIRE https://www.facebook.com/plussize.misclaire

Sunday 12 October 2014

YASMIN MELAWAT BABY ZARA

Dari Hati : CIk Bunga Ros
 
Assalamualaikum uolss..

Harini kawan aku Nida datang rumah.  bawa tudung .Shawl Halfmoon.. teruja aku tengok.. so sambar la 2,3 helai. adik aku si Zila pun kemain dia.. Berlaku sesi sambar menyambar weouls... nanti aku upload pic tudung lawa-lawa tu.. 

petang tu aku p melawat baby zara. Dah nida ada.. p sekali la dengan dia.. bertiga dengan CekMek Yasmin ..






Comel Baby Zara. rindu nak ada baby lagi.. hehee...

hangpa tengok la Reaksi Si Yasmin ni bila ada baby.. KEmain suka dia nak bercium.. tu pun mama pegang baby kemain jeles dia.. 



alahai Yasmin.. nanti karang ada adik sendiri macam maana la yer..

Friday 10 October 2014

TANDEM NURSING

Dari Hati : Cik Bunga Rose

assalamualaikum uols...

arini nak stori mori pasai tandem nursing.. aku memang tak pernah amik tau pulak pasai tandem nursing ni.. boleh mula tau pasai ni masa borak-borak dalam group Whatapp dengan rakan-rakan Shaklee Biz.. 

bermulanya bila dok tanya bila si Yasmin nak dapat adik. aku kata la tak sedia lagi.. kesian pulak yasmin masih menyusu badan... bagi la kan dia besaq sikit dan putus susu badan.. 

masa tu la bermulanya aku kenai dengan ayat TANDEM NURSING dengan godek-godek pak google... kan.... 

apa dia maksudnya tu????


TANDEM NURSING



bermaksud si Ibu yang menyusu anak dua orang yang bukan kembar dalam masa yang sama.. contoh kakak umur setahun 7 bulan.. ada adik umur 2 bulan. si kakak menyusu badan lagi..

ni bukan ISU si kakak merampas hak si adik hokey.. tapi Makna Sebuah PERKONGSIAN susu ibu supaya dua-dua mendapat khasiat yang terbaek... ewahhhhhhh..kan...syahdu kauu.. 

bila soklan di tanya.. bila nak tambah anak.. Sentap gue dong... tak sedia lagik... tapi sebenarnya lebih kepada Yasmin yang menyusu.. kesian bila pikir balik dia masih menyusu..nak manja-manja tup-tup dah ada adik.. aauwwww....

tak gituww??

EMOSI KENA KUAT

TANDEM NURSING ni perlukan kekuatan emosi bagi aku.. ibu yang kuat dan hebat saja boleh hadapi situasi ini. Yela nak menyusu si kecik lagi mana nak layan kerenah si kakak/abang yang menyusu lagi... 
khasiat si ibu sangat penting dalam memastikan dapat menghasilkan susu yang secukupnya untuk anak-anak...

dari segi Protien. Kalsium, ZAt Besi, Vitamin C semua sangat memerlukan satu sama lain.. 





bagi aku.. aku belum bersedia waktu sekarang.. waktu ke depan-depan nanti tu rezeki dari Allah.. siapa kita nak menidakkannya..

Apa-apapun aku nak yang terbaik dan nak jadi ibu yang HEBAT untuk anak-anakku yang Hebat.




Facebook ku  : Rosmaliza Mansor