Saturday 27 September 2014

KEPENTINGAN KOLAGEN

Dari  Hati : CikBunga Rose

Asssalamualaikum ouls. 

Lama lak asa tak update blog. mesti silent reader I hairan..hehe.. (perasan cam ada follower kan)..mana tau . kot ada.. hehe.. tadi p kenduri kawan sekolah.. tengok ramai makcik makcik kemain vouge gevasssss.muka cekang-cekang...  pakai kolegen kot makcik oiiiii.. 

Mai nak stori pasai KOLAGEN ari nih..


Semakin kita meningkat usia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang collagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. 

Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kollagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kollagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti terdedah dengan cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan sebagainya.

 
antara faktor kekurangan Kolagen


KENAPA KOLAGEN TU PENTING ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Yang merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. 

ANTARA FUNGSI KOLAGEN :- 
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelenturan sendi
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • memberi tenaga
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf  
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • membantu pola tidur
  • memelihara kelembapan kulit
  • menguatkan otot dan tulang

KEISTIMEWAAN KOLAGEN SHAKLEE
===================================
✿✿saiz molekulnya yang rendah ,membuatkan penyerapan kolagen diserap dengan baik ke tubuh.

unit Dalton untuk mengukur molekul kolagen





saiznya sekitar 1000dalton mudah diserap tubuh

✿✿mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut.


✿✿Tampak lebih muda


✿✿
kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.

✿✿ Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.


✿✿ Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. 


✿✿Kulit juga akan sembuh dengan cepat ini akan membantu mengurangkan parut.

✿✿ Membantu menghilangkan tanda penuaan.


✿✿
kolagen adalah sama penting utntuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.

✿✿
kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.

✿✿ Baik untuk mata – Kornea memerlukan
kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.

✿✿Memastikan otak kita sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh
kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.


Fungsi Ramuan Utama :
======================

 1)Collagen dari sisik Ikan Merah

✿✿ Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.


2)Ekstrak biji Camellia Japonica

✿✿Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia

✿✿ Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4) Elastin dari Collagen Ikan

✿✿ Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5) Vitamin C dan Vitamin B

✿✿Vitamin C menggalakkan pernghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat , lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel.

6) Ekstrak Kekerang

✿✿Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sistesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7) Lactobacillus acidophilus

✿✿ Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membuna semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen


 KOLAGEN SHAKLEE memang terbaik.. aku makan sekotak..buat campur dengan ESP .. sodap..lomak manis gituw.... hehehee.. 




boleh buat masker.. aku pecahkan 3 tau 4 kali buat masker malam-malam. 




Friday 19 September 2014

Aku Pecinta Alfalfa



DARI HATI : CIK BUNGA

ASSALAMUALAIKUM UOLSSSS... SALAM JUMAAT.. 
 

How I become an Alfalfa Lover? 
Wah speaking kau..tiba-tiba kan nak speaking..

hehee.. nak stori mori pasai alfalfa hari ni.. Camna leh terjebak dengan Alfalfa ni..

aku dah pernah stori sebelum ni pasai Kenapa aku suka dengan Alfalfa ni . 

masa lepas pantang keputihan teruk.. ada kawan suggest alfalfa Shaklee. Masa tu tak pala try ja la. Dengar plak alfalfa ni membantu memekat susu badan.. wah lagi la nak try kan.Sebab menyusu si yasmin... 

so amal ja tak sampai sebulan keputihan dah mula rasa kurang , bau yang kurang enak pun dah berkurang. Miss V rasa bes sebab alfalfa ni ala mahjun moden , kacip Fatimah katanya .. tapi orang laki pun boleh amal tau alfalfa... 

BEST TAK ??? karang jangan plak saya cakap kacip Fatimah laki kat luaq sana risau plak... Alfalfa ni untuk sembelit, badan berbau, untuk nak kempiskan perut. Banyak lagi kebaikan alfalfa ni.. 

LAKI PEREMPUAN BOLEH AMBIK HOKEYYYYYYYYYYYYYYYY




aku amik sampai sekarang.. masalah angin dalam badan diatasi dengan jayanya..hehee.. kalau bau pelik pelik kat ofis tu paham-paham la yerk.... 

JOM LIKE PAGE AKU : Roses E-shoppe


Monday 15 September 2014

GATHERING FAMILY AT MERDEKA BEACH RESORT



Dati hati : Cik Bunga Ros

Assalamualaikum uols

 Ari ni nak cita pasai percutian Cuti-Cuti Malaysia kami sekeluarga di Merdeka Beach Resort masa cuti merdeka baru-baru ini. Lama pulak bertagak-tagak nak wat entry ni.   

Mula nya plan  nak book untuk malam merdeka tapi full pulak..
Last-last sebab ari merdeka malamnya tu 31hb ada kosong so book untuk 3 bilik Deluxe. RM210 per bilik sebab “Peak Time” katakan. 

Padahal boleh ja nak balik ari. Juru dengan Sungai Petani bukan jauh mana. 
Tapi Saja- saja la nak tidoq sana. Nak berbarbeque la katakan. Hehee.. lagipun seronok berkumpul family ramai-ramai ni.

masa nak pergi tu.mak haih.. jem gilaaa kot , dengan budak-budak motor bawa bendera ntah apa-apa la merempit sana sini. Merempit tu tak la (memandai ja kan aku).. tapi bingit bila terlalu ramai motor bukan berpuluh-puluh.. mau beratus kot. Aku yang tengok pun berpeluh-peluh. Menyelit tepi kereta kita ni.Semangat tu dah betul nak sambut merdeka tapi kalau perangai dan budaya di jalan kita tak merdeka ..susah dik oiiii


KEPENATAN SELEPAS 2 JAM JEM DALAM KERETA


OK sampai ja resort ,buat pendaftaran dan setelkan baki bilik. bukan boleh check in terus.alahai. so lepak-lepak depan bilik dulu..
 bila lepak tu apa lagi bukak la bekal yang sedia ada yang di bawa. Bihun Goreng, Sosej, Nasi Lauk.. Macam-macam la ada...

Meh layan gambar dulu..

orang sakit pun follow.. terbaikkkk




abang dan ayah aku




yasmin si comot


dua orang yang comei



 View dia pun cantik resort.. ada yang Sea View ada yang Pool View.

Kami dapat bilik betul-betul depan swimming pool . apa lagi budak-budak kemain suka la termasuk aku pun berendam.. eh..eh... hehee..








Deluxe Room


Standard Room
 pic atas ni gambar bilik dia.. (ehsan website Merdeka Beach Resort .. sebab aku lupa nak snap pic)




tok dan tokwan


ini view depan pantai. tokwan bergaya sungguh



AKTIVITI MALAM 





bbq kecil-kecilan ikan siakap


kita layan foto la ye entry kali ini.. 

Lepas ja check in 1hb petang tu ..lepak lepak kat dataran pantai merdeka pulak

berapa ringgit ntah.huhuhu

tambah dua kali kot aku...


siapa yang nak pergi ke pantai merdeka Beach Resort ni boleh la hubungi : 

MERDEKA BEACH RESORT
Pantai Merdeka, 08570 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel : +6019-556 7555, 017-4787589 / Fax : 04-437 7550
Email : sales@merdekabeachresort.com.my
Website : www.merdekabeachresort.com.my


enjoy di ari cuti..

next time nak ke the KARNIVAL Cinta Sayang Resort Sungai Petani Plak

Sunday 14 September 2014

APA BEZA OTOT DAN LEMAK??

Dari Hati : CIk Bunga Rose

Assalamualaikum uols.. 

ari ni nak share info sikit pasai Lemak dan otot .. bukan apa.. baru ni aku timbang berat asal sama ja.. tapi rasa pakai seluaq jean cam longgaq. ( ke aku perasan.) hahahaa... kenapa eh timbang berat tak turun tapi badan pakai seluaq rasa longgaq..masa tu konfius seketika.. bila cari pak google ni baru la dapat info pasai Otot dan Lemak ni .. meh nak huraikan...

mana lebih berat ya ???

APA ITU OTOT DAN LEMAK?

ok kita tengok pic di atas tu ? hangpa rasa mana 1 yang berat ?? Lemak ke otot? 
Ha??? 
nampak cam lemak yang berat eh.. sepatutnya dua-dua ni la sama berat.. sebab otot 1kg lemak pun 1 kg.. yang bezanya adalah lemak nampak lagi besaq kan..

KENAPA YA ???? 

Ini kerana ketumpatan lemak kurang dari otot. Lemak kurang tumpat dari otot ( eh cam sama maksud ja..hehee)


Maksud kurang tumpat ni, untuk 1kg lemak sebagai contoh, isi ruang lebih besar di badan berbanding dengan 1kg otot ..
(maaf terbesaq pulak tulisan.. hehe)

tak paham lagi ka ??? ok Mai tengok foto di bawah:-

hangpa nak yang mana 1 ?

 Apa yang hangpa paham dari foto di atas??

ok yang kiri dan kanan ni berat yang sama tapi belah kiri lemak manakala di kanan otot yang banyak. maksudnya di sini lemak yang kurang tumpat akan menghasilkan bentuk badan yang menggeleber seperti foto kiri tu. 
Yang kanan pulak otot dibina lebih padat sebab tu kita nampak badan dia lebih kejap .

Walaupun berat badan sama tapi binaan otot dan lemak berbeza.
OK Jelas tak??  

sebab itula bila kita makan ubat kurus pastikan lemak yang disingkirkan bukan otot.



Supplemen bukanlah ubat kurus yang boleh buatkan berat badan anda hilang 5-10kg dalam masa seminggu.
 


Suplemen adalah makanan tambahan yang perlu diamalkan secara konsisten dan membantu menampung kekurangan nutrien serta mempercepatkan kadar metabolisme anda. 

Suplemen juga boleh membantu mengurangkan selera makan yang keterlaluan, menyingkirkan lemak dan kolesterol dari dalam badan secara berperingkat-peringkat. 

Kesesuaiannya juga bergantung kepada banyak faktor dan berbeza-beza bagi setiap orang. 

Secara logiknya kita telah menternak “lemak” di dalam badan selama bertahun-tahun dan tapi nak singkir hanya dalam masa sebulan? Hmmm....renung-renungkan...


  SUPLEMENT 3B