Monday, 15 September 2014

GATHERING FAMILY AT MERDEKA BEACH RESORT



Dati hati : Cik Bunga Ros

Assalamualaikum uols

 Ari ni nak cita pasai percutian Cuti-Cuti Malaysia kami sekeluarga di Merdeka Beach Resort masa cuti merdeka baru-baru ini. Lama pulak bertagak-tagak nak wat entry ni.   

Mula nya plan  nak book untuk malam merdeka tapi full pulak..
Last-last sebab ari merdeka malamnya tu 31hb ada kosong so book untuk 3 bilik Deluxe. RM210 per bilik sebab “Peak Time” katakan. 

Padahal boleh ja nak balik ari. Juru dengan Sungai Petani bukan jauh mana. 
Tapi Saja- saja la nak tidoq sana. Nak berbarbeque la katakan. Hehee.. lagipun seronok berkumpul family ramai-ramai ni.

masa nak pergi tu.mak haih.. jem gilaaa kot , dengan budak-budak motor bawa bendera ntah apa-apa la merempit sana sini. Merempit tu tak la (memandai ja kan aku).. tapi bingit bila terlalu ramai motor bukan berpuluh-puluh.. mau beratus kot. Aku yang tengok pun berpeluh-peluh. Menyelit tepi kereta kita ni.Semangat tu dah betul nak sambut merdeka tapi kalau perangai dan budaya di jalan kita tak merdeka ..susah dik oiiii


KEPENATAN SELEPAS 2 JAM JEM DALAM KERETA


OK sampai ja resort ,buat pendaftaran dan setelkan baki bilik. bukan boleh check in terus.alahai. so lepak-lepak depan bilik dulu..
 bila lepak tu apa lagi bukak la bekal yang sedia ada yang di bawa. Bihun Goreng, Sosej, Nasi Lauk.. Macam-macam la ada...

Meh layan gambar dulu..

orang sakit pun follow.. terbaikkkk




abang dan ayah aku




yasmin si comot


dua orang yang comei



 View dia pun cantik resort.. ada yang Sea View ada yang Pool View.

Kami dapat bilik betul-betul depan swimming pool . apa lagi budak-budak kemain suka la termasuk aku pun berendam.. eh..eh... hehee..








Deluxe Room


Standard Room
 pic atas ni gambar bilik dia.. (ehsan website Merdeka Beach Resort .. sebab aku lupa nak snap pic)




tok dan tokwan


ini view depan pantai. tokwan bergaya sungguh



AKTIVITI MALAM 





bbq kecil-kecilan ikan siakap


kita layan foto la ye entry kali ini.. 

Lepas ja check in 1hb petang tu ..lepak lepak kat dataran pantai merdeka pulak

berapa ringgit ntah.huhuhu

tambah dua kali kot aku...


siapa yang nak pergi ke pantai merdeka Beach Resort ni boleh la hubungi : 

MERDEKA BEACH RESORT
Pantai Merdeka, 08570 Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel : +6019-556 7555, 017-4787589 / Fax : 04-437 7550
Email : sales@merdekabeachresort.com.my
Website : www.merdekabeachresort.com.my


enjoy di ari cuti..

next time nak ke the KARNIVAL Cinta Sayang Resort Sungai Petani Plak

No comments:

Post a Comment