DARI HATI : Cik Bunga Ros
Assalamualaikum uols... salam 1
Malaysia gituww...
Rini nak share pasai senggugut. Sebab
baru 2 ari lepas si ZIla ni asyik sakit ja perut dia..senggugut tiap-tiap
bulan..
.
pernah tak uols tengok panadol kaler
merah ni??
yang orang kata sinonim dengan orang datang period..
sapa-sapa yang selalu senggugut
mungkin tahu dan penah makan. aku dulu pun dok amik jugak..pengaruh kawan-kawan..tapi
tak amalkan la.. aku ada sorang kawan tu memang wajib menda alah ni dengan
dia.. tiap-tiap bulan kena senggugut.kecian lak nengok. meh kita iktiar dengan
GLA.. membantu membetulkan hormon kita..
kalau tiap-tiap bulan asyik sakit parah jugak kan..
KENAPA SENGGUGUT TERJADI ?
♥♥Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid.
♥♥Pengecutan oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Cam yang kita tau, masa haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan , tapi disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan
♥♥Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin.
♥♥Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormon ini
memang tinggi.
Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai
mengganggu aktiviti harian. aku pun jarang kena senggugut..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
SENGGUGUT boleh diatasi dengan pengambilan suplement yang baik untuk mencegahnya...
Meh tengok apa yang boleh
diambil untuk atasi senggugut..
SUPPLEMENT UNTUK SENGGUGUT
1. B Complex
♥♥Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
♥♥Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
♥♥Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
♥♥Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
♥♥Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
2. OsteMatrix (Kalsium Magnesium)
♥♥Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
♥♥Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
♥♥Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
3. GLA Complex
♥♥Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis).
♥♥Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
♥♥Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
♥♥Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
**tingat sorang kawan politeknik dulu..senggugut
sampai masuk sepital (pernah sekali
teman kan dia p hantar hospital.. terbayang-bayang suka duka masa tu..hehe.)
No comments:
Post a Comment