Saturday 21 June 2014

NOVEL DAN SUNAN



Dari :  Hati Cik Bunga  Rose 

Assalamualaikum uols..

Entry ni nak cerita pasal Novelis Pilihan ku.. tak lain tak bukan Ramlee Awang Murshid. My feberet novelis.. semua novel kat umah semua karya Ramlee Awang Murshid ( Abang RAM).. seronok sebenarnya walaupun ada jugak novel yang aku tak kumpul.. antara karya limited dah tak keluar Pei Pan dan Anugerah Pertama. 

MACAMMANA BOLEH SUKA

1st novel yang aku baca Karya Abg RAM ni . Bagaikan Puteri. Perghhh.. Memang menyentap hati. Terkesan di sanubari. Siapa-siapa yang pernah baca novel ni.memang akan Fall In Love dengan watak Saifudin Jalis @ Laksamana Sunan. Memang menyentuh hati .Serius tak tipu. Tolong la baca.  Aku mula baca masa sem 6 di Politeknik Port Dickson. Lepas aku study dan kerja, novel tu bersambung CINTA SANG RATU dan HIJAB SANG PECINTA .. apa lagi aku terus dapatkan sambungan la Sunan tu sebab memang fall in lap la.. hahhaa..
Kawan-kawan sampai pelik apa yang best karya Abang RAM ni. Aku memang tak cakap banyak terus  Aku umpan kawan-kawan aku yang nak baca novel abang RAM ni aku akan bagi BAGAIKAN PUTERI dulu.. tak sampai sehari dapat mesej “Wei gila arr...aku terbayang si Sunan ni” aku nak sambungan novel ni wei.. hahahahha.. begitu kuat penangan si Sunan ni. 

PERTAMA KALI JUMPA ABANG RAM
Pernah bersua muka dengan abang RAM.. masa ni aku jadi AJK RAM members semasa perasmian Novel terbaru FIKSYEN 202  . aku ni pulak jenis gelabah biawak. Aku ajak adik la buat teman. Masa sampai di Carefour (sekarang Aoen Big) aku dengan adik tengah minum Milo ais. Wah sekali Nampak abang RAM ni lalu.. tersembur air milo deka tudung adik aku.. hahahaa.. sebab gelabah punya pasai. Tu belum jumpa Anuar Zain lagi.Lelaki ini yang selalu mencintamu...kihkih.. adik aku cakap. “Apa kes nak gelabah tak tentu pasai, Padahai akan bersama Grup RAM ni sepanjang hari tu” Nak gelabah apa kes.. cian adik aku kena air milo. Lucu betul.

Majlis perlancaran berjalan dengan lancar. Peminat dan AJK memberi kerjasama semasa sesi tandatangan.. aku pun apa lagi.bawa koleksi novel-novel aku untuk dapatkan tandatangan ekslusif. Bukan senang tau nak dapat. Jom layan foto-foto semasa sesi tandatangan. 

aku peminat setia tengah minta sain

Ni lah Abang Ramlee Awang Murshid

kami dibelakang tabir .heehe


SUNAN BERSAMBUNG LAGI
Novel kisah Sunan ni bukan terhenti di sini saja CINTA SUFI, SUTERA BIDADARI dan SUNAN MUSAFIR melengkap kan Dabel Trilogi SUNAN .. wah..memang hebat kisah sunan ni..sampaikan permintaan Sunan membuatkan abg RAM kita mendapat ilham untuk sambungannya.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.  Terbaru Novel nya SUNAN KEMBARA SANG NAGGORE memang terbaik..  kerinduan pada Sunan semakin terasa bila pengakhiran novel tersebut BERSAMBUNG..alahai masa baca tu frust gilaa.. sambil bagi anak tidur aku terkulat-kulat biji mata baca... sebab rindu kat Sunan punya pasai..hehee.. (tau kat laki aku kaaa)

Jadinya NOVEL SUNAN ni akan ada lagi la nanti.. So Kena tunggu la bila..
Ni baru cakap pasai Sunan. Belum novel lain lagi. Memang Novelis Triller No 1 Malaysia ni mempunyai ilham dari Allah yang sentiasa hebat. 

Saja la nak share-share pasai NOvelis Peberet aku ni dengan uols.. mana tau kita sama-sama minat dengan Karya Abang RAM ni...





No comments:

Post a Comment