Sunday, 29 June 2014

AMALAN ROHANI DI BULAN PUASA

Dari Hati : Cik Bunga Rose

Assalamualaikum uols.

Alhamdulillah Masha Allah diberikan kesempatan oleh Allah untuk berpuasa hari ini , 1 Ramadhan 1435 HIjrah. Semoga kita dapat berpuasa dengan sempurna tahun ni. Amin.



Sebut pasai posa ka seronok sangat bertemu dengan bulan kemuliaan ni. Ada tarawih, ada sahur,suasana berbuka puasa (Iftar) malam lailatulqadar (menyamai 1001 bulan amalan). 

Ada jugak bila sebut ramadhan dok terbayang dah gerai-gerai , bazar-bazar yang jual aneka lauk pauk, kuih muih, paling banyak sekali pelbagai jenis air. Carca marba tengok.. kalau boleh elakkan pembaziran dibulan posa ni. Bukan apa kita seronok beli itu beli ini.balik-balik berbuka , dah kenyang. 

Kuih beli kat Cik Timah belum makan lagi, Murtabak Pak Ali makan setengah ja, Cendol  Mak Jemah pulak tak sedap ,ditinggalkan. Alahai membazirnya.. 

(NANTI aku sharekan kemeriahan bazaar ramadhan kat tempat aku)

Di sini saja la aku nak sharekan amalan rohani yang senang untuk kita amalkan. 

MEH AKU SHARE :

Beristigfar 100 kali,
Berselawat 100 kali
Berzikir La Ila Hail Lallah 100 kali.
 Solah dhuha setiap pagi sekitar pukul 8.30 ke 11 pagi dan berdoa sesungguh hati.

 Mintak pada Allah..Mudah-mudahan.. aku pun mengingatkan diri aku dengan amalan ni.. rockers tu rockers jugak. Amalan kerohanian kena terapkan dalam diri ya uols..

Bukan susah pun ,Sama ada diri kita mau ka dak nak buat. Sambil-sambil buat kerja pun boleh amalkan. Bukan aku nak kata aku ni baik sangat pun.. sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jadi lebih baik..  kan???

JOM  SAMA -SAMA KITA MUHASABAH DIRI. 


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment